Author: Hiduplah dengan ceria.
Watch “Doa covid19.” on YouTube
BK 4700 – Alhamdullilah.
FTB
FTB
Watch “Panic saving.” on YouTube
Watch “Stay at home.” on YouTube
Watch “Terungkap, Seorang Peneliti yang Ciptakan Virus Corona dapat Menginfeksi Saluran Pernapasan Manusia” on YouTube
Turkey.
5 tahun saya duduk di Turki, apa yang saya nampak mengenai kekuatan ekonomi orang Turki.
- Makanan asasi mereka semua mereka hasilkan sendiri. Gandum, ayam, sayur buah, susu dan lain2 mereka tanam & bela sendiri. Mereka tidak import dari luar. Jadi mereka tidak bergantung sangat pada negara luar untuk makanan asasi mereka.
- Mereka tidak pandang tinggi pada budaya/produk luar. Mereka lebih berbangga dengan menyokong produk mereka sendiri seperti makanan, muzik atau sukan. Mereka ada satu prinsip iaitu ‘Proud Of Turk’. Bagi mereka makanan, budaya, muzik atau sukan mereka lebih baik dari orang lain.
- Orang Turki tidak membazir makanan. Walaupun Turki ada 80 juta penduduk tapi jumlah pembaziran makanan mereka lebih sedikit dari Malaysia. Rakyat malaysia yang hanya ada 31 juta membuang/membazir makanan 8000 tan sehari. Apa kena mengena dengan ekonomi ? Ketirisan wang yang besar telah berlaku setiap isi rumah. Sedangkan sebagai muslim Islam mengajar kita agar tidak membazir sehingga Allah mengumpamakan orang yang membazir adalah saudara syaitan
- Sumber manusia. Di Turki, baik pekerja buruh sehingga profesional semuanya dipelopori oleh orang Turki sendiri. Mereka tidak semudahnya memberikan peluang pekerjaan kepada orang asing walaupun untuk kerja cleaner. Cuba korang bayangkan, korang buka syarikat kontraktor, semua pekerja baik dari pembancuh simen sampailah mandor, semuanya adalah orang kita sendiri. Jadi duit tu semua akan mengalir antara sesama kita bukan keluar ke orang lain.
- Penguatkuasaan di Turki sangat effisien. Barang2 bukan buatan Turki, tak boleh diletak apa2 tanda atau simbol seolah2 ia buatan Turki. Seperti di Malaysia, syarikat bukan muslim boleh letakkan gambar, nama atau simbol islamik seperti masjid, keris, istana dan sebagainya diproduk2 mereka. Ini jelas mengelirukan pengguna. Jika mereka benar sukakan unsur2 islamik atau melayu tidak mengapa, tetapi realiti sebenarnya mereka tidak mahu anak mereka satu sekolah dengan anak kita, tidak mahu menggunakan bahasa melayu atau mempelajari tulisan jawi yang merupakan warisan Tanah Melayu malah semakin berani mempertikaikan urusan orang islam di Malaysia. Jadi mereka memperalatkan nama atau simbol2 melayu & islam untuk keuntungan semata2.
Saya berharap usaha BMF ini tidak sekadar hangat2 tahi ayam. Walaupun kehangatan kempen BMF ini sudah mulai menurun saya harap kita semua istiqamah. Paling penting kita bukan boikot produk orang lain tetapi kita dahulukan produk muslim.
Khalid Pattali
10:20 pagi
Sedang merentas Istanbul-Switzerland selama sebulan
Instagram: @akudanistanbul

LTTE.
P. Ramasamy Kurang Ajar! Jangan Samakan Perjuangan Palestin dengan Kebangsatan LTTE !
Telah acap kali kelihatan pemimpin DAP ini secara individu malahan beberapa jam lepas, dalam satu kenyataan bersama 16 pemimpin DAP dan PKR, mereka menyifatkan penangkapan kelmarin adalah “di luar pemahaman” mereka. Apa yang kamu tidak faham sebenarnya?
Malahan lebih bodoh apabila 16 orang ini memberi contoh “orang Muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya” serta banyak hujah lain daripada kumpulan penyokong mereka sebelum daripada ini yang menyamakan perjuangan LTTE dengan perjuangan rakyat Palestin!
Hey ! Ini bukan zaman pak kadok. Ini era Facebook, Twitter, Google dan sekalian kemudahan untuk mendapatkan maklumat hanya di hujung jari. Kejahatan dan kezaliman LTTE sudah tidak mampu disembunyikan. Pengkhianatan terhadap orang Islam di Sri Lanka sendiri telah lama dilakukan oleh kumpulan pengganas ini.
Apakah kita telah lupa mengenai tragedi pembunuhan besar besaran di Masjid Kattankudy yang telah mengorbankan 147 saudara seakidah dengan kita? Sedih mengingatkan kes pada 3hb Ogos 1990 itu apabila 30 pemberontak Tiger menyerbu masuk ke empat buah masjid di Kattankudy di saat lebih 300 orang Islam sedang solat Isya’.
Dalam akhbar New York Times, Mohammed Arif (17 tahun) salah satu mangsa yang selamat dalam pembunuhan kejam tersebut berkata, “Sebelum saya melarikan diri menggunakan pintu tepi masjid, saya lihat pengganas LTTE memasukkan muncung senapangnya ke dalam mulut seorang kanak kanak lelaki dan menarik picu senjatanya”. Nah Ramasamy ! Sekarang perjuangan LTTE sama seperti Hamas atau PLO ataupun sama seperti askar Israel?
Kita juga jangan pernah lupa pembunuhan kejam di Palliyagodella. Pengganas LTTE menyerang kampung majoriti muslim ini. Penduduk kampung beragama Islam yang menyaksikan pembunuhan ini berkata mereka mengira semua mayat dan seramai 285 orang yang majoritinya wanita dan anak anak kecil telah dibunuh oleh 1000 orang pemberontak LTTE.
Dalam satu surat bertarikh 9hb Ogos 1994 yang dihantar oleh Permanent Representative of Sri Lanka kepada Pejabat Hak Asasi Manusia di Sri Lanka, mereka merekodkan pada 23hb Julai 1990 telah terjadi pembunuhan oleh LTTE di Kg Veeracholai. Seramai lapan orang mati dan mayatnya digantung di pokok. Kemudiannya seminggu selepas itu pada 30 Julai, LTTE telah menembak maut 14 muslim dalam bandar Akkaraipattu Batticaloa. Hal ini dilaporkan oleh UNHCR.
Pada 5hb Ogos pula, di Mulliyankadu Ampara tentera LTTE telah membunuh 17 petani muslim yang sedang bersawah padi. Apa perjuangan LTTE sama dengan Hamas? Membunuh petani yang sedang membanting tulang? Seminggu berikutnya (12 Ogos) di Kampung Satham Hussain Eravur puak LTTE membunuh 121 orang Islam dan mencederakan 20 yang lain.
Kekejaman mereka tidak pernah berhenti. Keesokan harinya LTTE bergerak ke Kampung Awarantalawa Vavuniya membunuh sembilan orang Islam dan seorang bangsa Sinhalese. Manakala di Poonani, Batticaloa mereka membunuh pula tujuh orang kampung Islam.
Antara kemuncak kejahatan LTTE adalah pada Oktober 1990 di Jaffna, Kilinochchi, Mullaittivu dan Mannar iaitu utara pulau ini yang mana dalam masa 48 jam sahaja mereka menghalau 80,000 orang Islam dan mereka dibenarkan membawa bersama hanya 150 rupees ataupun RM3 sahaja! Anak anak menangis kelaparan, tiada makanan, haus dahaga, tiada susu, yang sakit tiada ubat, tiada baju, tiada apa apa yang boleh dibawa dek kerana kegilaan LTTE mahu menguasai empat daerah ini. Adakah kebejatan LTTE ini masih sama dengan penderitaan rakyat Palestin? Rohingya? Tidak sama sekali. LTTE serupa sahaja dengan junta tentera Myanmar yang mengusir orang Islam dari Arakan.
Terlalu banyak jika mahu dinukilkan rangkuman sejarah kejahatan LTTE kepada umat Islam. Yang ditulis disini hanyalah yang berkaitan dengan umat Islam yang telah menjadi mangsa mereka, sedangkan kezaliman LTTE jauh lebih luas dengan membunuh rakyat marhaen berbangsa Sinhalese. Itu lebih banyak jika mahu disebutkan.
Tahun berganti tahun. Satu kes pengeboman berlaku di Pasar Ikan Bogamuyaya, Akkaraipattu apabila LTTE meletupkan pasar ini dan membunuh sembilan orang Islam dan mencederakan 32 yang lain. Ini berlaku pada 24hb Mac 1991. Apa perlunya membunuh orang di Pasar Ikan atas nama “perjuangan keadilan”? Petani pula terus dibunuh saban bulan. Antaranya pada 19hb Mei 1991 yang mana lima muslim diserang dan dibunuh ketika pulang dari sawah di Kg Erakkaman. Begitu juga kes yang berlaku sehari kemudian apabila sembilan orang Islam yang balik dari sawah dengan menaiki traktor, telah dibedil oleh LTTE di Malwatta.
Bagaimana Ramasamy mahu pertahankan hal hal sebegini? Dan menyamakan pula perjuangan LTTE dengan Hamas! Sungguh kurang ajar. Dunia hanya mengetahui tentang kejahatan Israel yang menyembelih orang Islam Palestin. Rupa rupanya di Pudur, Jaffna pada 6hb Julai 1991 puak LTTE telah menyembelih sembilan muslim. Seterusnya mereka mengheret lapan lagi muslim ke tebing Sungai Mahaweli dan menyembelih semuanya!
Memori pahit umat Islam Sri Lanka berterusan apabila pada 29hb April 1992 puak LTTE membunuh 69 orang Islam yang semuanya tiada kaitan bekerja sebagai polis, askar ataupun mana mana jabatan kerajaan di Sri Lanka. Mereka hanya rakyat biasa. Semuanya syahid termasuk 5 bayi! Apa jadahnya LTTE membunuh bayi atas nama perjuangan yang “sama seperti Palestin”?
Tahun terus beranjak. Pada 16 Mac 1994, mereka menyerang 10 bot menangkap ikan di Kudiramalai hingga membunuh 17 nelayan. Untuk apa dibunuh pencari ikan di pantai? Ia hanya satu kejahatan yang tiada bersebab. Bulan Mei tahun 1995 mereka menyerang pula kampung nelayan di Kallarawa. Mereka heret isteri dan anak anak nelayan dan menembak mati semua 42 orang. Hal ini dilaporkan dalam akhbar Sundaytimes yang menyebut 12 wanita telah maut dan 8 anak anak kecil juga turut terbunuh. Perjuangan sama dengan Palestin? Bunuh isteri dan anak nelayan?
Tahun 1996, awal tahun tanggal 31 Januari, mereka menyerang Colombo Central Bank dan membunuh 90 pekerja bank serta pelanggan bank. Mereka cederakan pula 1,400 orang awam dalam serangan yang sama. Ia dilaporkan meluas oleh media antarabangsa. Antaranya adalah BBC dalam laporan bertajuk “Timeline of The Tamil Conflict”. Ini yang kamu samakan dengan perjuangan Palestin atau Rohingya? Shame on you Ramasamy!
Ini hanyalah secebis kisah kisah yang sempat dicoretkan kembali daripada ribuan serangan dan keganasan LTTE terhadap rakyat awam Sri Lanka dan juga kezaliman mereka secara khusus kepada orang Islam sepanjang kewujudan mereka di atas muka bumi ini. Ribuan kes, ribuan serangan dan ratusan ribu jiwa mati. Ini yang dinamakan perjuangan oleh Ramasamy?
Nazman Che Iberahim